Monday 2 March 2015

Alhamdulillah..syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya maka kami warga SK. Sri Changkat telah berjaya melaksanakan program Pelancaran NILAM bagi tahun 2015. Majlis telah berlangsung mengikut ketetapan berikut:

Tarikh:      2 Mac 2015
Masa  :      7:35 pagi- 8:45 pagi
Tempat : Medan Himpun SK. Sri Changkat

Antara acara yang berlangsung adalah:

1.  Murid membaca buku beramai- ramai selama 10 minit.




2. Taklimat Program NILAM 2015 yang disampaikan oleh Penyelaras Pusat Sumber Sekolah iaitu  Puan Zainun binti Bakar.


Cik pengerusi majlis, Nur Najihah Najwa binti Rusydi




3. Kuiz NILAM oleh Puan Zaharah binti Md. Nor.




 4. Penyampaian hadiah kepada pemenang kuiz.



5. Ucapan perasmian dan pelancaran NILAM oleh Puan Guru Besar, Puan Normala binti Hj. Idris.









6. Penyampaian buku NILAM kepada semua murid Tahun 1.



7. Persembahan murid (Pantun)





Tamatlah sudah acara yang berlangsung sepanjang program pelancaran NILAM pada tahun ini. Terima kasih diucapkan kepada semua guru di atas kerjasama dan sumbangan yang telah diberikan sepanjang persiapan dan perjalanan Pelancaran Program NILAM berlangsung. Semoga usaha dan kesungguhan guru- guru akan dapat membantu dalam peningkatan pencapaian murid daripada segi akademik dan sahsiah murid. Semoga usaha ini juga diberkati Allah. Sesungguhnya yang baik itu datangnya daripada Allah dan kekurangan itu daripada pihak kami sendiri. Sekian..